KEK STRAWBERI NESTUM

Hai semuanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersiaran kembali setelah beberapa hari sepi tanpa sebarang entri baru...banyak urusan yang perlu dibuat beberapa hari yang lepas selain harus menyiapkan beberapa tempahan menyebabkan tidak berkesempatan update blog..maaf la ya..apapun, terima kasih pada semuanya yang masih rajin bertandang ke sini..
 
Baiklah, pada petang ni aku mau kongsikan entri kek yang telah aku buat beberapa minggu yang lalu..baru la dapat tayang entri ni hari ni sebab perlu tunggu giliran..hihi, entrinya adalah Kek Strawberi Nestum di mana resepinya aku dapat hasil dari mengintai blog Zalinah@Rempah Ratus..tertarik ingin buat kek ni juga..hasilnya kek ni lembut, sedap dan wangi dengan aroma strawberi dan nestum..em, sedap tau..harus cuba..
 
KEK STRAWBERI NESTUM

 
Di bawah ni aku kongsikan resepinya..mohon izin pada Kak Zalinah untuk panjangkan resepinya di sini ya..
 
RESEPI: KEK STRAWBERI NESTUM
SUMBER: ZALINAH @ REMPAH RATUS
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
250 g butter
5 biji telur
3/4 cwn gula halus
1 sk ovallete
1 sk esen vanilla
1 1/2 cwn tepung kek
3 sb jem strawberi ( aku tiada bubuh sebab tiada stok )
1 sk pes strawberi
1/2 sk pewarna merah
1 peket nestum 3 in 1
 
CARANYA:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  3. Masuk telur satu persatu. Pukul lagi. Kemudian masukkan ovallete dan esen vanilla dan putar sebati.
  4. Masuk tepung sedikit demi sedikit. Kacau guna spatula.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masuk nestum peket. 1 bahagian lagi masuk jem dan pes strawberi dan pewarna.
  6. Mulakan kukus dengan adunan nestum selama 15-20minit.
  7. Adunan yang akhir, kukus selama 30minit.
  8. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air menitis atas kek.
-Selamat Mencuba-
 
 
So, sampai sini ja la dulu entri aku untu hari ni ya..kita jumpa di lain entri pula..
 
Bagi yang berminat untuk menempah produk kami atau ada sebarang pertanyaan, sila email kami ke alamat yang tertera di atas atau call/sms/whatsApp ke nombor 012-8244251 ( bbwana ). Tq.

8 comments: