ORDER DAN KEK SPIDERMAN

Hai, salam sejahtera..
 
Selamat pagi semuanya..cuaca hari ni tidaklah panas sangat macam hari yang kemarin..mendung dan sedikit berjerebu..hujan pun turun sekadar rintik-rintik ja semalam..apapun, suhu terasa sejuk la sikit..syukur la..bila cuaca panas ni, macam-macam la penyakit yang datang..so, kesihatan tu perlu dijaga dan banyakkan juga minum air putih..sekali-sekala minum sejuk tu nda apa la kan..memang lega tekak bila air sejuk tu mengalir..sedapja rasanya tapi jangan la selalu nanti diri sendiri juga yang sakit..mengelak tu lebih baik dari mengubatikan..?
 
Hari ni aku mau siarkan gambar order apam buat kesekian kalinya yang di order oleh sepupu iaitu Anim..sekarang ni dia memang rajin order dengan aku..dia cakap kek kahwinnya dia mau tempah dengan aku..awal sudah dia bagitau dengan aku pasal kek kahwinnya tu sejak bulan lepas lagi..hehe..okey la kali ni Anim order Apam Polkadot dan Apam Isabella untuk dibawa ke sekolah kerana ada sedikit jamuan katanya..nda pasti la pula sempena apa..sebenarnya Anim cakap buatlah apa-apa ja jenis apam..so, aku buat la dua jenis apam yang popular dan sering di order oleh customer.
 
APAM POLKADOT @ DOT COM, HARGA RM 0.35 ( SEBIJI )
 Fillingnya adalah blueberi..
 
 APAM ISABELLA, HARGA RM 0.35 ( SEBIJI )
 
Apapun, thanx pada Anim sebab rajin dan tidak jemu-jemu menempah dengan kami..
 
Untuk Kek Spiderman ni pula aku buat khas untuk anak buah aku iaitu Izat..sebab hari tu dia ada call mau mintak buat kek birthday padahal harilahirnya lama lagi iaitu bulan November ni tapi beriya-iya betul minta buat kek birthday..mungkin dia jeles sebab aku ada buat kek harijadi untuk dua orang sepupunya..so, untuk tidak menghampakan perasaannya tu, aku buatkan la juga kek untuk dia..aku pikir-pikir mau buat kek apa untuknya sampai aku google..last-last, aku buatkan la Kek Spiderman..memandangkan first time buat..so, deko agak kurang kemas..apapun Izat memang sangat hepi dan suka dengan kek tu..hihi..syukur la..Jom kita layan gambar..
 
 
 Aku buat dalam 1/2kg ja..buat kek coklat moist..kemudian aku letak filling krim coklat ditengahnya..manakala untuk keseluruhan dan deko kek aku gunakan buttercream..butter pula aku gunakan yang berkualiti..so, rasanya memang sedap serta Wangi..
 
KEK COKLAT MOIST
FILLING: KRIM COKLAT
DEKO: BUTTERCREAM
1/2 KG
 

 Tengoklah tu, deko pun comot ja..haha, next time aku perbaiki lagi..yang penting Izat suka sangat..

 
 Special to my beloved nephew, Izzat Airiel Ridzuan..
 
Okey teman-teman semuanya, kita jumpa lagi di lain entri..kalau ada sapa-sapa yang mau order, hubungi kami menerusi email atau sms/call/whatsApp ke 012-8244251.Tq.

10 comments:

  1. Amboi kek spiderman tu....msti seronok anak buah tu dpt kan...:-)Am

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak..anak buah saya teruja sangat dapat kek spiderman..

      Delete
  2. Rajinnya..kalau dekat, mesti umi dah order...yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx umi..bestnya kalau kita tinggal dekat2 kan..hehe..

      Delete
  3. Lama tak buat apam dot dot tu... Waaa.... cantik kek spiderman, mesti Izat suka kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx kak ziarah rumah saya..hehe..izat memang suka sangat..deko comot sikit..hihi

      Delete
  4. Pasti seronok bday boy dpt kek spiderman
    re; tkasih bbwana wish Anniversary utk mamasya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok betul anak buah saya dapat kek tu kak..dia tidak sangka yang saya buatkan kek spiderman..apapun, sama2 dan thanx singgah sini kak.

      Delete