( 10 Days Challenge ) Day 1: 1 Picture

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti yang aku janjikan, ini adalah entri pertama untuk cabaran 10 hari ni..

Aku kongsikan gambar kucing-kucing kesayangan kami sekeluarga..peneman di kala sunyi, penghibur di kala duka, sangat setia menemani kami sekeluarga..


Pusy / cici
  •  Kucing kampung betina berwarna tiga (putih, hitam dan kuning )
  •  Kucing kami yang sangat berumur panjang kerana usianya sudah masuk 13 tahun pada tahun 2014 ni.
  • Dari kecil ( pusy ), kami selalu bawa ke klinik haiwan untuk mendapatkan suntikan dan rawatan.
  • Tidak suka mandi
  • Takut pada orang asing
  • Hanya berjalan di sekitar rumah saja
  • Kucing yang sangat paham kata dan boleh dibawa bicara..setiap kali bercakap dengan dia, dia akan mengiau menyahut.
  • Suka tidur dalam selimut
  • Suka makan ikan rebus + nasi
  • Kuat tidur
  • Berlagak queen 
  • Sangat protective, akan melindungi comot dan endut kalau ada kucing samseng datang ke rumah.
 Comot/ omot
  • Kucing kampung jantan yang berwarna belang comot hitam putih
  • Berumur 2 tahun
  • Kucing yang sangat nakal dan suka mengintai kaki yang melintas depannya dan akan melompat.
  • Suka makan ayam
  • Suka bersiar-siar di sekitar halaman rumah
  • Suka tidur dalam bilik my parents
  • Suka tangkap binatang dan bawa masuk dalam rumah. Cth: burung, kelawar, tupai, cicak
  • Takut pada orang asing
  • Takut dengan kucing asing
  • Paham bila dipanggil ( akan datang sambil berlari-lari comel )
Endut/ dutdut
  • Kucing kampung jantan yang bewarna belang putih dan kuning
  • Berumur 1 tahun
  • Kuat merayau dan selalu mengiau bila balik rumah ( menandakan dia sudah balik rumah )
  • Suka makan keropok kucing
  • Comel dan suka tidur dalam bilik aku
  • Sangat mesra alam walaupun pada orang yang baru dikenali
  • Paling malas bangun kalau sudah tidur sampaikan bangun makan pun malas.
  • Kadangkala aktif bermain dengan comot
  • Kucing kepunyaan putri & waie..nda pandai marah walau diperlakukan apa saja..redha ja endut!!huhu..
Sekian entri ak untuk cabaran pertama ni..thanx kerana membaca..nantikan entri kedua ( 10 days challenge ) pula  mengenai Filem. tunggu tau!!!

8 comments: