MINI BLUEBERI CHEESE TAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih ya atas kunjungan kawan-kawan semua ke blog SRC..pada yang rajin komen tu Thanx banyak ya..ada yang meninggalkan komen yang begitu banyak..aku sangat suka dan menghargai komen kalian..korang memang best!!

Okeylah, hari ni aku ingin kongsi resepi Blueberi cheese tat..memang lama sudah aku teringin mau buat cheese tat ni..akhirnya dapat juga aku membuatnya..tapi tat shell tu bukan aku yang buat ya..hehe, aku beli yang readymade di kedai bahan kek..sepeket ada 12 biji mini tat shell yang berharga rm7.50..huhu, aku tinggal buat cream cheesenya saja..boleh la juga tu kan..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
BLUEBERI CHEESE TAT
Rasa seronok tau bila dapat buat tat ni..tapi bagi yang ingin membuat sendiri kulit tat ni sila rujuk resepi di bawah ni ya..aku intai resepi dari dapur Kak ita Masam Manis..thanx kak!! Resepi aku copy paste ja.Jom check it out..

RESEPI: BLUEBERI CHEESE TAT
SUMBER: AZLITA MASAM MANIS
OLEH : SWEET RED CHERRY

BAHAN SHELL/CRUST:

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

CARANYA:

  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  •  Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
    Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

     Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Filling: blueberi/strawberi/coklat/kiwi/oren - ikut suka
  • Masukkan filling dalam piping bag dan paipkan ke dalam sheell. ( sila rujuk gambar di bawah ).
 Adunan cream cheese :


250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

  • Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. 
  • Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
  • Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  • Buat la corak yang anda ingini. ( boleh rujuk SINI cara membuat corak  )
  • Bakar selama 5 minit, 170'c. Sentuh cream dengan hujung jari . Jika tidak melekat maknanya telah masak. Jika belum, bakar seminit lagi.
** Cheese tat yang telah masak boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Untuk tahan lebih lama.

-Selamat mencuba-
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


 Nilah hasil yang aku buat..memang sedap..lagi banyak filling di dalamnya bertambah sedap tat ni dan bertambah banyak la masuk ke mulut..hehehe..

Okey lah, sampai sini saja perkongsian aku pada hari ni. Sampai jumpa lagi.

Sebarang pertanyaan, sila hubung 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp. Tq

14 comments:

  1. macam sedap je suka blueberry ~ tak pernah try makan lagii.huhu

    ReplyDelete
  2. Feveret ni. Mo buat sendiri mcm kurang berbakat hehe

    ReplyDelete
  3. memang sangat sedapp Bbwana...

    ReplyDelete
  4. lama tak buat cheese tart.
    nak mkn beli je..
    malas punya pasal

    ReplyDelete
  5. menawan sungguh cheese tat dia...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya cis tat wana ni...akak makan jer tau nk buat tu malas hihi

    ReplyDelete
  7. eeeii.... sedapnya, geram tau.. ni kalau makan habis berbijik ni

    ReplyDelete
  8. dah lama akak tak mengetart ni nak kena buat jugak ni sbb dah terliur lah

    ReplyDelete
  9. Tahu makan je... Nk buat tu..hehe...

    ReplyDelete
  10. sedapnya.. selalu kalau teringin, beli je. nak buat tak pandai.. macam susah je rasa. hihihi

    ReplyDelete
  11. InsyAllah raya Haji ni nak buat sikit....suka makan cheese tart ni...sedap..hehe

    ReplyDelete
  12. wah bagusnya muda-muda lagi dah berbakat memasak, untungnya bole buat bisness..:)

    ReplyDelete