( 10 Days Challenge ) Day 4: 4 Book

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cabaran hari ke-4 iaitu buku..aku ni minat dan hobi baca novel..dulu aku boleh habiskan baca novel yang tebal dalam masa 1-2 hari..tu pun kalau tiada gangguan..kalau novel nipis, nda sampai sehari sudah habis..heheh..aku berkongsi minat dengan my sis, Liza.. Kami gila membeli dan koleksi novel..sudah lebih 1 ran koleksi novel yang dibeli..mewarisi minat dari mama..

Ini lah koleksi novel kami..


1. Tombiruo - Karya Ramlee Awang Murshid

Aku sangat meminati hasil karya Ramlee Awang Murshid..merupakan novellis thirller no. 1 di Malaysia..boleh dikatakan hampir semua karya beliau aku sudah baca dan miliki novelnya..

Tombiruo adalah penunggu rimba ( roh/hantu ). Wujud dalam lagenda hutan tebal di daerah pedalaman dan cerita ni sering menjadi mitos. Macam-macam tafsiran yang dibuat akan kewujudannya.Dia adalah manusia biasa yang menjaga ketenteraman hutan daripada pencerobohan manusia. Kelahirannya yang bukan berwajah manusia sering di salah tafsir dengan pelbagai andaian. Nak tahu lebih lanjut kena baca novel ni..^_^

2. Cinta Sang Ratu - Karya Ramlee Awang Murshid
Cerita ni pun aku suka baca..sambungan dari cerita Bagaikan Puteri. Bagi aku memang sangat menarik dan unik kalau dipikirkan sebab cerita ni menggabungkan watak-watak yang wujud pada zaman dulu dan watak-watak zaman sekarang..seperti ada terowong masa..macam doraemon tu..huhu ..watak Laksamana Sunan, Ratu Sulaman, Dani & Haryani..siapa mereka? korang kena baca..bestt!!!!

Cinta sang ratu laksana langit purnama, ibarat mutiara di lautan biru, saujana mata memandang, seluas langit terbentang, tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN pabila rindu diusik, rasulnya jadi pilihan. Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu jadi impian.

3. Ombak rindu - Karya Fauziah Ashari
Beli novel ni sudah sangat lama..aku beli pada tahun 2002 lagi..belum lagi difilemkan..memang best kan cerita ni..layan habis aku baca, emosi pun ada..huhu

Mengisahkan seorang gadis yatim piatu bernama Izzah yang dijual oleh bapa saudara sendiri kepada seorang tauke di kelab malam untuk dijadikan perempuan murahan. Di situlah dia berkenalan dengan seorang lelaki bernama Hariz yang membelinya dengan harga yang mahal dan membawa keluar dari neraka jahanam tu. Atas permintaan Izzah, Hariz berkahwin dengan Izzah dengan syarat semuanya harus dirahsiakan. Ini adalah sebahagian sinopsis..kalau baca novel lebih 'feel' aku rasa..hihi

4. Lagenda budak setan - Karya Ahadiat Akashah
Beliau juga merupakan salah seorang novelis yang aku suka baca karya-karyanya dan beliau diiktiraf sebagai penulis novel terbanyak dan masuk dalam 'Malaysia Book of Record.' Banyak koleksi novel karya beliau aku miliki. Aku beli novel ni pun sudah lama..masa aku masih belajar kolej lagi. Ini adalah satu novel yang aku suka baca. Walaupun baca banyak kali aku nda pernah jemu dan bosan. Gaya penulisannya yang santai dan senang difahami.

Watak-watak dalam ceria ni:
Kasyah - budak setan yang tiada perasaaan tiada belas kasihan tetapi berubah jadi pencinta agung hanya kerana seorang perempuan.
Ayu - menemui cinta abadi tetapi takdir tidak pernah berlaku adil padanya
Azmi - memiliki kemewahan wang ringgit tetapi terbelikah dia segala keinginan di dunia ni..
Kate - mencari lelaki yang memiliki cinta abadi dengan segala kelebihan yang dimilikinya dan dia telah menemuinya tapi..Kena habiskan baca buku ni..sangat best!!!

Okey berakhir suda cabaran tentang buku..lega rasanya..cabaran pada hari berikutnya adalah ' Food '..nantikan..

Jemput baca:

Sekian

14 comments:

  1. Byk juga koleksi novel ko ni ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..nilah ba mia telampau minat punya gara-gara kan..

      Delete
  2. Bb..buku tombiruo..dan ombak rindu cheq da dah baca..minat semasa study..skrg ni jgn nk nk baca novel nk menanda kertas student pun dah pening..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, best cite tu kan cheq da..betul la tu, bb pun dah lama x baca novel sebab sibuk, my sis masih rajin beli dan koleksi novel sampai sekarang

      Delete
  3. pperghhhh...hantu novel detected.......aiman tak suka sgt novel Ramlee Awang Murshid ....suka novelis wanita je like damya hanna ^^

    ReplyDelete
  4. Cinta Sang Ratu memang tiada tandingannya; Lagi2 hero terebut dengan keIslaman yang mampu buat semua perempuan terpikat. Mesti ada yang terbayangkan dapat hero macam tu kan? Lol.
    Post latest sayaAlhamdulilah. Akhirnya Anuar setuju bekerjasama dengan Najib

    ReplyDelete
  5. thanx follow saya...keep in touch yer

    ReplyDelete
  6. semua pun belum pernah baca lagi...hehe

    ReplyDelete
  7. Akak pun minat karya2 Ramlee Awang Murshid :)

    ReplyDelete
  8. Last baca ramlee awang punya novel masa darjah 6 rasanya. Haha.

    ReplyDelete