Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Buat kesekian kalinya aku ditag untuk liebster award ni. Kali ni aku di tag lagi oleh blogger, Farhana Mohammad..Thanx tag aku farhana..best juga jawab soalan ni kan..^_^
Ini adalah soalan yang diberikan pada aku:
1. nama penuh anda dan umur. nama timangan anda?
Nama penuh aku, Siti Salwana Binti Mohamad Ballas dan berumur 32 tahun..oh, aku macam x percaya!! :-P. Nama timangan aku dalam keluarga dan kawan-kawan, bibie. Kalau di alam maya pula, bbwana @ bb @ wana
2. apa negeri kelahiran anda dan sekarang tinggal kat mana?
Negeri lahir Sabah dan sekarang tinggal di Sipitang bersama keluarga..
3. bila anda last peluk dan cium ayah?
Soalan cepumas ni..huhu..memang lama sangat tidak peluk cium ayah..kalau ingat-ingat masa sekolah agaknya..huuu..
4. suka pakai baju kurung tak? *kalau tak, explain sikit.hihihi
Hihi soalan ni macam soalan perangkap..haha, wana tak berapa suka pakai baju kurung. Pakai hanya untuk majlis tertentu. Wana lebih selesa pakaian kasual macam jeans dan t-shirt..senang bergerak laju dan driving..^_^
5. jika diberi peluang melancong antara Banda Acheh (Indonesia), Korea,
dan negara Eropah, negara mana pilihan anda? kenapa pilih negara
tersebut?
Wana nak pergi Seoul, Korea..kerana ingin melihat sendiri keindahan tempat yang menarik di sana..macam dalam cerita korea tu..hikhik
6. binatang apa yang anda fobia/takut? kenapa?
Cicak dan katak.. bukan takut lebih kepada geli dengan tekstur badannya yang lembik dan licin..hee..
7. apa yang anda buat bila ada ular masuk ke dalam rumah?
Rasanya mungkin akan 'stuck' di tempat itu saja, tidak berani buat apa-apa..huhu..
8. anda makan organ dalaman ayam tak?
Ya, makan. Aku suka makan bedal. Kaki ayam pun aku suka makan..eh, tu organ dalaman ke?hehe..
9. favourite
games
yang anda selalu main ketika kecil?
Banyak sangat favourite games yang aku suka main masa kecil macam main getah, congkak, main ting-ting, main masak-masak, main kawin-kawin ..haha..banyak lagi la..
10. bahasa apa yang anda nak sangat belajar and wish to apply dalam kehidupan anda?
Aku mau belajar bahasa mandarin sebab peluang pekerjaan banyak jika pandai bahasa mandarin..sebelum ni, aku hanya belajar basic bahasa mandarin ja..
11. pernah tak kena tikam dari belakang oleh kawan? ce bagi ucapan untuk diaorang.
Soalan ni memang kena sangat dengan diri aku..memang aku pernah kena tikam dari belakang..aku baik dengan dia, aku percaya cakap dan janjinya selama ni, aku anggap dia sebagai kawan tapi last-last dia mungkir janji dia berubah dan buat sesuatu perkara besar dalam hidup aku..dia rampas apa yang aku ada secara perlahan-lahan..
Ucapan aku pada dia: semoga ko sedar apa yang ko buat selama ini salah dan fikir la dalam-dalam kesannya..ko cakap aku macam-macam sampai tahap menghina..ko sedar la diri juga..ko bukan la sempurna sangat pun..sama juga macam aku, jangan sampai keluarga atau adik-beradik ko kena buat orang macam ko buat aku..bila aku diam bukan bermakna ko menang dan aku kalah..aku hanya tidak mau panjangkan lagi masalah..aku tidak mau bergaduh..jadi, cukup-cukup la apa yang sudah ko buat pada aku selama ni..ko pikir la secara positif dan jangan hanya tau menunding jari dan meletakkan kesalahan pada orang lain..sekian.
Habis sudah soalan aku jawab..apapun, tq farhana kerana buat soalan ni.. ^_^
-wasalam-
memang sakit kalau kawan kita anggap besfren tikam kita. :(
ReplyDeleteSamelab kite akak...kite geli jugak dgn cicak & katak.. dulu mse sekolah pernah terpegang katak...haahaha
ReplyDelete