ORDER: DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni adalah hari cuti umum Malaysia + cuti sekolah..horreyyy mesti seronok kan dapat meluangkan masa dengan keluarga tersayang tapi, orang bisnes macam aku ni tetap juga menjalankan bisnes..kalau nda, tiadalah pendapatan masuk kan..yang penting kena rajin dan sabar..

Okeylah, entri kali ni aku mau siarkan order kek anniversary yang ditempah oleh my cousin, Kak yann bagi meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke-15..tahniah!!! Mereka dikurniakan 6 orang anak yang comel dan pintar..semoga kekal bahagia hingga ke jannah ya, amin.

Kak yann request kek yang sedap dan minta aku pikirkan perisanya.. memandangkan mereka ni suka coklat dan cheese maka aku cadangkan Devil's food chocolate cake ni sebab ada gabungan rasa coklat dan cheese.insyaallah aku akan share resepi kek ni di lain entri ya..tunggu!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

 DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
BERAT: 1 KG
RM55
( 3 LAPIS: KEK COKLAT, CREAM CHEESE, COKLAT GANACHE )

Alhamdulillah menurut feedback dari kak yann..semua sukakan kek ni cuma si kembar ja yang komplen sikit, dorang mau kek span coklat..alala, ciannya dorang..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sebenarnya aku mau hias dengan buah strawberi baru comelkan tapi stok buah strawberi habis pula..lagipun, di sini memang susah untuk dapatkan buah ni. Jadi, aku hias dengan buah kiwi..okey la juga kan..^_^

Kek yang serius sedap dan yummy!!! Kena try tau baru tau rasa macamana...


Gambar ni dihantar oleh kak yann melalui whatsapp..dorang celebrated anniversary di esplanade dengan anak-anak..maaf la ya, kualiti gambar kurang jelas sebab snap tu pun sebelah malam..apapun, thanx banyak kak yann order dengan aku..lol..

Sebarang pertanyaan atau order, sila hubungi talian tertera ni, 012-8244251 ( bbwana ). Call/sms/whatsApp. Terima kasih.

9 comments:

  1. kiwi pun kiwi la..tetap cantik hiasannya.. saya teringin nk decorate kek tp dsbbkan pemalas sya ni cuma bakar lepas tu terus makan..semangat kesenian kurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, semangat tu boleh dipupuk nana..insyaallah berseni juga nanti..^_^

      Delete
  2. Replies
    1. heheh, dik aina sabor ya..haha..terpaksa tengok ja ni..kalau dekat akak bagi free kat aina tau..^_^

      Delete
  3. Sedapnya kek tuh! ada cheese lak tuh huhuhu

    ReplyDelete
  4. Nampak cantik dan rasa pasti sedap ni....

    ReplyDelete
  5. Cantik dan sedap tuh.. baru tengok rupanya, belum lagi menjamah.. mesti sehingga menjilat jari.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. tengok kiwi dengan coklat ganache tu rasa macam ngencessss je..... suka sangat kiwi dengan coklat !

    ReplyDelete