Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Salam ceria semuanya..okey lah, hari ni aku mau tunjukkan bagaimana cara buat 'stack cake' macam yang aku buat baru-baru ni ( 2 stack cake: frozen theme )..kredit diberikan pada bzee cake kerana tunjukkan step by stepnya..
Caranya:
1.First sekali perlu buat kek yang berlainan saiz..untuk kek paling bawah saiznya perlu lebih besar dari di atas..contohnya saiz kek 10 inci di bawah dan di atas pula 7inci..
2.Letak kek yang paling besar di bawah sekali, kemudian cucukkan straw besar ke dalam kek. Cucuk di bahagian tengah hingga masuk ke dalam.( sukat saiz straw terlebih dahulu, potong straw mengikut ketinggian kek, straw tenggelam sedikit lagi bagus). Tujuan masukkan straw tersebut adalah untuk menyokong berat kek yang di atas. ( sila rujuk gambar ) Memandangkan aku, buat kek span, straw besar sudah cukup untuk menyokong berat kek. Tapi jika anda buat kek yang berat, harus guna 'chopstick' supaya lebih kukuh. Jangan guna straw pula, karang ada kek yang runtuh..
3. Letakkan kek yang kedua di atas kek. Untuk lebih cantik saiz tapak kek yang ke-2 tu biarlah 'ngam-ngam' atau lebih kecil dari saiz kek. Aku pula guna saiz yang besar sikit sebab aku tiada stok tapak kek yang lebih kecil masa tu..huhu..
4. Untuk menutup tapak kek yang kelihatan tu, aku tutup dengan deko. Deko mengikut kreativiti masing-masing..
Hasilnya tadaaa..
Alhamdulillah, customer sangat berpuas hati dengan hasil dan rasa kek yang aku buat..rasa berbaloi penat lelah buat kek ni bila dapat 'feedback' yang
baik dari pelanggan..apapun, aku akan terus belajar untuk memperbaiki hasil baking dan deko aku..
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh whatsApp aku di 012-8244251 ( bbwana) atau email: siti.salwana@yahoo.com.
Sekian, wasalam.
Memang kreatif Wana buat kek...semoga terus berjaya dalam bidang yang di ceburi...
ReplyDeleteterror la kak wana. kita mampu tengook je. T_T sob. sob...
ReplyDeleteEhermmm...cantik kek tu geng....semoga terus berjaya dan menjadi kaya...
ReplyDeleteDah tahap teror tu bb..
ReplyDeleteWahhh... cantik3x... :D bravo sis... usaha tangga kejayaan... seriusss memang cantik... :D
ReplyDeletepehh sgt kreatifffffff .. kite xreti la nk buat kek ><
ReplyDelete