MENU LUNCH TADI,Nasi Ayam Special..

Salam sejahtera..

Hai..kita bersua lagi pada petang ni..sekarang ni mau kongsikan pula menu lunch kami pada tengahari tadi..Nasi Ayam Special..apa yang specialnya pada nasi ayam ni adalah kerana ianya adalah hasil air tangan mama..kami sekeluarga sangat sukakan nasi ayam buatan mama ni sebab sedap..rasanya yang buat tambah special tu adalah cicahan lada yang mama buat tu..ada rasa masam, masin dan pedas..memang makan menambah-nambah la nasi..hehe..mama jarang buat menu special macam ni kecuali pada hari-hari tertentu seperti perayaan hari raya atau ada majlis istimewa..so, mama buatkan kami menu yang sedap ni pada hari ni mungkin sebab hari ni PH dan semua pun ada di rumah..lagipun, tiada sebarang order yang perlu disiapkan pada hari ni..boleh la masak istimewa sikit untuk kami sekeluarga..

Jom kita layan gambar pula..


 Sayurnya pula selain dari timun, ada sambal tauge..emm, pedas tapi sedap..memang layan..

 Mama sengaja tidak buat sos kicap tu sebab kami kurang menggemarinya..selalunya cicahan lada tu la yang laku dan cepat habis..
 Ni la cicahan lada yang aku cakapkan tadi tu..antara bahan2nya adalah tomato, cili padi yang diblend dengan bawang besar kemudian diperasakan dengan limau kasturi dan garam..

Okey la semua..sampai sini ja la dulu ya..kita jumpa lain entri..tq kerana membaca..

2 comments:

  1. Replies
    1. nasi ayam ni antara menu yang sentiasa jadik menu favourite ramai kan..

      Delete