Selamat sejahtera semuanya..Happy Labour Day diucapkan pada semua..so, nampaknya hari ni ada yang sengaja lewat bangun kerana cuti..apapun, selamat beristirehat ya..untuk kami yang berbisnes ni tiada istilah cuti kerana hari cuti macam ni jumlah pelanggan yang membeli agak meningkat dari hari-hari biasa..yalah, tentu ramai orang yang bejalan dengan keluarga dan anak-anak ke kedai atau tamu..jadi, pasti ada yang membeli kuih atau kek yang kami jual..selalunya jualan kuih-muih/kek meningkat bila hari cuti..
Baiklah, entri untuk pagi ni aku kongsikan pula salah satu cupcake yang aku suka buat kerana rasanya yang sedap dan teksturnya yang sangat lembut..pernah siarkan sebelum ni..resepinya aku ambik dari dapur CT..aku suka buat resepi yang beliau kongsikan kerana hasilnya yang menepati selera aku..cupcake yang aku buat ni adalah Soft Banana Cupcake.
SOFT BANANA CUPCAKE, RM 0.80 ( MEDIUM ), EACH |
SMALL SIZE, RM 0.50 ( EACH ) |
Di sini aku mau kongsikan resepi cupcake ni dengan pengunjung semua..minta izin pada Kak Ct untuk kongsikan pula resepinya di sini ya..
RESEPI: SOFT BANANA CUPCAKE
SUMBER: KAK CT ( DARI DAPUR CT )
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
90g minyak
50g gula halus
1 biji telur gred A-pukul perlahan
125g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bikarbonat soda
4 biji pisang dilecek
25g susu segar
1/2 sk esen pisang
Hiasan- potongan pisang
CARA MEMBUATNYA:
- Pukul telur dan gula sehingga ringan dan berkrim selama 2-3 minit.
- Tambah susu segar, pisang lecek, minyak dan esen pisang. Putar sebati.
- Masuk tepung guna kaedah kaup balik. Jangan lama.
- Sudukan adunan dalam acuan.
- Bakar 180 degree selama 20-25 minit.
- Selamat Mencuba -
Ketika dalam proses cupcake ni masak, keluar aroma wangi pisang tu..em, macam tidak sabar mau makan cupcake ni..hehe..
Okey la ya..sekarang ni masa untuk buat kerja..kita jumpa lagi nanti di kain entri ya..
Seperti biasa, jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan produk yang kami iklankan di blog ni, sila hubungi kami menerusi email atau telefon/sms ke talian yang tertera di atas tu untuk maklumat lanjut ya.Terima kasih..
salam kenalan dr zila..sedapnye mesti soft jugak cam nama dia kek ni..nak ckit
ReplyDeletesalam perkenalan Zila..
Deleteya betul tu Zila..cupcake ni teksturnya sangat soft n sedap ja rasanya..meh datang sini makan..hihi..