ORDER KEK COKLAT MOIST

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Selamat malam dan salam ceria diucapkan buat semua pengunjung blog SRC..terima kasih kerana berkunjung ke sini ya..terus ja kepada entri yang aku post pada malam ni iaitu kek yang mempunyai peminat yang ramai..ramai yang gemar makan kek ni termasuklah aku..heheh..keknya adalah Kek Coklat Moist..
Ni aku mau cerita sikit..pada pagi 25hb Mei yang lalu ada cousin aku telefon ( Dk.Fatin )..dia mau tempah kek dengan aku untuk anaknya, Fatihah yang teringin sangat makan kek kerana sebelum tu Fatihah nampak kek birthday masa lihat kartun di Baby Tv channel tu..minta mamanya buatkan tapi mamanya malas dan terus telefon aku dan tempah..memang kebetulan pulak pada hari tu aku bercadang buat kek coklat moist ni untuk dibawa masa kenduri arwah makcik baru-baru ni..sajalah bawa untuk makan-makan dengan keluarga di sana di samping tu teruslah juga promote kek ni kalau ada berminat yang tempah..haha, sempat lagi bisnes kan..berbalik pada cerita tempahan tadi, lepas ja bertelefon dengan cousin aku tu, cepat-cepat la aku ke dapur untuk menyiapkan kek tersebut sebab bila kek siap aku janji call cousin aku tu suruh dia 'pick up'..kesian dengan anak buah aku tu yang teringin makan kek..alahai..

KEK COKLAT MOIST
 KEK COKLAT MOIST
BERAT: 600GM/1KG++
HARGA: RM 20/ RM 38
TOPING COKLAT
HIASAN: COKLAT RICE & GULA MANIK



Ini la Fatihah yang teringin makan kek tu..alalala, ciannya dia..baru masuk umur 2 tahun..minat gila dengan angry bird..apa saja barangan yang ada gambar binatang ni dia mau minta beli..nama juga budak-budak kan..macam tu la..

Yang ni kek yang aku bawak masa kenduri tu..memang laku..cepat habis..semua berebut-rebut makan..ramai yang puji kek ni sedap..syukurlah..


Kek coklat moist ni macam-macam variasi yang ada..ada kukus dan ada juga bakar..kandungan bahan pun agak berlainan sedikit. So, kalau ada yang teringin mencuba kek yang macam aku buat ni, di sini aku ingin kongsikan dengan teman-teman resepi kek yang tersangat sedap ni..yang aku buat ni versi bakar punya..jom kita semak resepinya di bawah ni..

RESEPI: KEK COKLAT MOIST
BY: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 cwn tepung gandum } ayak
2 sk baking powder } 3x
2 cwn gula halus
4 biji telur
250 g mentega
2 sk esen vanila
1 cwn koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair

CARA MEMBUATNYA:
- Masukkan koko, gula halus dan air panas dalam periuk dan jerang atas api yang kecil sambil kacau hingga berkilat. Lepas tu, matikan api. Tuang susu cair dan kacau. Sejukkan. Ketepikan.
- Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan pula terur sebiji demi sebiji dan putar lagi. Masuk esen vanila dan gaul.
- Masukkan tepung selang seli dengan pes coklat yang dijerang tadi.
- Bakar 175 degree selama 1 jam.

TOPPING COKLAT

BAHAN:
1/2 cwn koko
1/2 cwn susu pekat
1 sb minyak masak

CARA MEMBUATNYA:
- Masuk semua bahan dalam periuk dan kacau atas api yang kecil. Panaskan topping sampai semua bahan sebati
- Boleh tuang atas kek yang telah sejuk dan tabur dengan coklat rice dan gula manik.
* Gandakan bahan topping jika mahukan topping yang banyak sebab yang aku buat ni sikit ja.

- Selamat Mencuba-

Sekiranya ada pula yang berminat untuk menempah kek ni, terus ja la email kami ataupun hubungi talian telefon kami yang tertera di atas untuk lebih lanjut lagi ya..terima kasih..

So, kita jumpa lagi ya teman-teman di entri yang lain pula..bye..

8 comments:

  1. sedapnya kek coklat
    akak pun suka mencuba resepi kek coklat pelbagai versi ni kan
    ok akak cp resepi ni pula ye tqqqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 juga kak..dengan senang hatinya silakan la copy..

      Delete
  2. saya juga pernah cuba buat kek coklat moist,sedap sangat,anak-anak pun suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak..

      kek coklat ni semua orang pun suka makan kan..

      Delete
  3. Bila kita boleh jumpa ni? hehe...dah dekat pun susah kan?

    kakpb dah lama tak buat cake, takde org nak mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kakpb..

      dah lama x buat kek?em, senang ja tu kak..bagi ja dgn saya..misti banyak yang makan..hihi..insyaallah kak, bila ada masa yang sesuai kita contact2 dan jumpa yeh..heheh..

      Delete
  4. Wana nk tau x..dlm byk2 kek..kek ni lg yg QH xpnh try lg..hehe..hritu HB ade sebut dh psl kek ni..dia mkn kt mne nth..katanya sedap..nti nk kena buat juga tu..leh la try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai QH..

      kena la cuba buat kek ni pula..rasanya memang sedap dan tidak menghampakan..coklat cake lover memang patut makan kek ni..mewah dengan rasa coklat..yummy.

      Delete