ORDER KEK BIRTHDAY: RED VELVET CAKE

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hai, good morning semuanya..hari ni seawal pagi lagi hujan sudah turun..em, best la sebab suhu sejuk memandangkan beberapa hari yang lepas bahang panas tu mengigit2 kulit..rasa mau duduk ja di bawah aircon..hihi..alhamdulillah kerana hujan tu merupakan sebuah rahmat..

Ucapan terima kasih banyak-banyak pada yang telah sudi menjadi follower2 baru Sweet red cherry..thanx pada semua atas sokongan anda tu serta komen2 anda semua..kami amat menghargainya.makasih ya.

Okey la pada pagi ni aku mau siarkan entri order kek birthday yang telah di tempah pada 29 April ( isnin ) yang lalu..yang mana kek yang direquest adalah Red Velvet Cake, 1 kg..mau cerita sikit la, aku buat kek ni pun agak kelam-kabut sikit kerana kek ditempah pada tengahari isnin tu dan kek nak di ambil pada jam 5petang tu kerana mau pakai malam tu juga..mak oi, apa tidak kelam-kabut aku membuatnya..nasib la kan bahan-bahan aku untuk buat RVC ni memang ada di rumah..aku senjaga buat stok kot2 ada tempahan mengejut macam ni..apalagi dengan lajunya aku segera ke dapur mengodek kek..ui, bukan main berusaha aku membuat kek agar siap tepat pada masanya..Alhamdulillah akhirnya aku siap buat kek tersebut sebelum jam 5 petang..sempat juga masukkan dalam peti sejuk sebelum di 'pick up '..heheh..

RED VELVET CAKE, RM 55 ( I KG )
Sebenarnya sudah lama aku tidak buat RVC ni..kali terakhir aku buat RV versi cupcake yang di order oleh kakak sepupu sempena ulangtahun anaknya, Adib pada 1/1/2012 yang lalu..em, lama kan..setahun lebih sudah berlalu..hehe..so, aku harap yang menempah tu Ms. Uci teman sekerja My Sis, Liza puas hati dengan hasil kek ni..segala kekurangan mohon dimaafi..kek ni ditempah kalau tidak silap untuk kakaknya yang bernama Umi yang menyambut hari lahirnya yang ke-30th..so, kami di SRC mengucapkan Happy Birthday to UMI..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..amin..pada Uci, thanx banyak kerana order dengan kami..jangan serik untuk mengorder lain kali ya..hihi..

RED VELVET CAKE
BERAT: HARGA RM 55 ( 1 KG )
FILLING & TOPPING: CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN : BUNGA, PINK HEART & SILVER GLITTER

Di sini aku ingin kongsikan resepi kek yang sangat sedap dan mejadi sebutan ramai ni..


Ni rupa kek sebelum di deko..kek baldu merah..

RESEPI: RED VELVET CAKE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
240ml susu cair } satukan,
2 sk cuka/lemon/limau nipis } biar hingga
4 sk pewarna merah } 15 min
BAHAN B:
25Og tepung naik sendiri } ayak semua
1/2 sk garam }
2 sb serbuk koko }
BAHAN C:
2 sk cuka
1 sk bikarbonat soda
BAHAN D:
150g mentega
280g gula halus
1 sk esen vanila
3 biji telur gred C

CARA MEMBUATNYA:
- Satukan bahan D, pukul hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.
- Masukkan bahan B selang seli dengan bahan A. Pukul lagi hingga sebati.
- Satukan bahan C dan masukkan dalam adunan.
- Bakar 160 degree selama 20 min..

CREAM CHEESE FROSTING:
SUMBER : HASUE
500g cream cheese ( aku guna 250g )
1 cwn krim putar ( aku guna 1/2 cwn )
60g gula icing 
sedikit butter ( agak-agak )
sedikit jus lemon/esen vanila
CARA:
- Pukul cream cheese hingga lembut, masukkan krim putar sikit-sikit hingga kental(speed mixer, medium).
- Campur butter, agak-agak supaya adunan untuk frosting tidak terlalu cair.
- Masukkan gula icing dan jus lemon/esen vanila. Putar sebati.
- Sedia untuk digunakan.

- Selamat Mencuba-

























Jika anda juga ingin menempah kek atau pun produk kami yang lainnya, sila la email atau kol/sms kami ke talian kami yang tertera di atas tu ya..terima kasih..jumpa lagi di entri yang lain. - wasalam -.

6 comments:

  1. bila la zila nak sampai seru buat rvc ni..makan kt sini jela

    ReplyDelete
  2. memang kelam kabut bila customer order mengejut kan... tp demi customer.. wajib kita realisasikan bila rasa ia munasabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu kak..demi customer kena buat juga yang terbaik walaupun kelam-kabut skit..

      Delete
  3. buat zila..jangan tak buat..hihi..

    ReplyDelete
  4. salam kenalan..sabahan yer..sy jg pernah tinggal d kk 3thn ms belajar d ums7thn yg lps..rindu ba mau ke sana banyak perubahan katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ain..salam kenalan juga..ya betul tu ain, kk memang banyak perubahan ba skang ni..lagi happening n banyak tempat baru yang best tuk jalan2..

      Delete