COFFEE BUTTER CAKE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Hallo..good morning semuanya..sudah breakfast ka? kalau belum tu, baik cepat-cepat pegi breakfast sebab ianya sangat penting untuk memulakan aktiviti sepanjang hari..betul tak?hihi..baiklah, untuk pagi ni aku mau kongsikan satu resepi kek yang aku selalu buat iaitu Coffee Butter Cake..keknya sangat lembut dan kejadian kek agak gebu..dengan aroma coffeenya yang sangat memikat..harum semerbak rumah..sedap..resepinya aku ambik dari internet..sudah lupa apa nama yang share resepi..maaf la ya..

COFEE BUTTER CAKE, HARGA RM 20 ( 1 BAR )


Pada sapa-sapa yang suka makan kek coffee dan berminat untuk mencubanya bolehlah semak resepi yang ada di bawah ni ya..

RESEPI: COFFEE BUTTER CAKE
DICUBA OLEH: SWEER RED CHERRY

BAHAN:
200g butter
150g gula kastor
3 biji telur
200g tepung kek ( aku guna tepung gandum ja )
1 sk baking powder
1 sb serbuk kopi + 1 sb air panas ( jadikan pes )
1 sb coffee emulco ( aku x bubuh )
5 sb susu UHT ( aku guna susu cair )

CARA MEMBUATNYA:
- Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar.
- Kemudian, masukkan pes kopi dan susu UHT. Putar lagi.
- Akhir sekali, masukkan tepung sikit-sikit. Kacau sebati.
- Tuang adunan dalam loyang yang dgris dan letak kertas minyak.
- Bakar 175 degree selama 45 minit.

-Selamat Mencuba-


JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAUPUN BERMINAT UNTUK MENEMPAH PRODUK KAMI, SILA EMAIL ATAU KOL/SMS KE TALIAN KAMI YANG TERTERA DI ATAS. TERIMA KASIH.

8 comments:

  1. salam .. banyaknya produk-produk kek dan kuih.. semoga bisnes terus maju... kek yang ada coffe memang favorite .. sure sedap..:)

    ReplyDelete
  2. salam wani..tq banyak coz sudi singgah n komen..sila la ambik sepotong dua coffee butter cake tu..

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah...& salam kenal juga.Semoga biz tambah maju.Aamiin

    ReplyDelete
  4. thanx kerana berkunjung ke blog SRC..makasih juga atas doanya ya.

    ReplyDelete
  5. Nampak halus & lembut coffe butter cake tu... adeeeh tiba2 rasa laparlah pulak datang sini malam2 gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak amie..kek ni sedap dan gebu..

      Delete
    2. Sy nak cuba...thanks resepi ye...moga di murah kan rezeki biz. AMEEN

      Delete
    3. Sy nak cuba...thanks resepi ye...moga di murah kan rezeki biz. AMEEN

      Delete