Salam manis dan selamat bercuti hujung minggu ya..bagi yang cuti tu memang time hujung minggu macam ni ambil peluang untuk berehat sambil buat aktiviti kegemaran bersama teman atau keluarga tersayang..bagi aku sendiri lebih senang lepak di rumah saja hari ni lagipun aku perlu buat kek yang telah ditempah untuk birthday..so, agak sibuk sikit la tapi sekarang ni sempat lagi la publish satu entri baru..hehe..
Baiklah, entri yang aku siarkan pada pagi ni adalah Kek Batik Arora..kek ni pernah meletup satu masa lalu..ramai yang sudah mencuba..cuma aku tidak pasti dari mana aku ambik resepi ni..pada tuan punya resepi, terima kasih banyak kerana sudah berkongsi resepi ni dengan kami semua..bagi aku kek ni bukan saja senang untuk dibuat kerana hanya perlu tompok-tompokkan adunan kek untuk hasilkan corak batik malah cantik kerana sangat warna-warni dan mempunyai pelbagai rasa dalam satu kek..memang best makan kek ni..tekstur pun lembut ja..
KEK BATIK ARORA, HARGA RM 25 ( SEBIJI ) |
Di sini aku ingin berkongsi resepi dengan pengunjung yang berminat untuk mencuba resepi kek ni..pada tuan punya resepi, izinkan aku panjangkan resepinya di sini ya..
RESEPI: KEK BATIK ARORA
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
250 g mentega
100 g gula halus
1/2 cwn susu manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sk baking powder
5 jenis perisa & pewarna
CARA MEMBUATNYA:
- Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.
- Kemudian, masukkan susu manis dan pukul sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
- Masuk tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
- Bahagi aduanan kepada 5 bahagian dan bubuh perisa & pewarna yang disukai.
- Tompok setiap warna dalam loyang.( tompok 2 sb setiap adunan, atur selang seli setiap tompok ).
- Bakar 160-180 degree selama 45 minit.
Okey la ya, sebelum aku akhiri entri aku pagi ni..aku ucapkan banyak-banyak terima kasih pada semua yang telah sudi komen dan follower baru, aku amat berbesar hati dan sangat-sangat menghargainya..rasa seronok kerana menambahkan kenalan di alam maya ni sambil bertukar pendapat dan pandangan.
Ada yang berminat untuk menempah produk kami atau ada sebarang pertanyaan, silakan email atau telefon/sms ke talian kami yang tertera di atas tu.Tq.
comelnya warna-warna kek ni!
ReplyDeletetq ya..sya memang suka colorful ni..ceria ja..
Deletecantiknyer kaler kek tuh.... baru aritu buat kek marble tetiba nak try yg nih plak
ReplyDeletesalam hana..tq ya..sila la try buat kek ni jugak..pasti sedap.
Deletelama tak buat kek marble...
ReplyDeleteterliurr lak tengok
hai..salam mas..
Deletejom la buat..rugi tak buat..heheh..
salam,, bbwana.. memang kek ni pernah meletup dulu, tapi sampai sekarang tak buat2 lagi hi2..
ReplyDeletehai wani apapun,kek ni sedap kan coz banyak perisa dalam satu kek..
DeleteSalam dearr...wah nampak cantik laa corak kek batik u ni...^_^
ReplyDeletesalam..
Deletethanx ya puteri..try la buat kek ni..sedap tau..